-

-

MAKLUMAN KEPADA WARGA SMKPN

Sebarang cadangan untuk tujuan menaiktaraf, maklumat, berita & gambar boleh emel ke jafrus2000@yahoo.com untuk dikemaskini dan disiarkan.

Tel : 04-9291288, Fax : 04-9291457
blog : smk-pulaunyior.blogspot.my
email : smkpulaunyior@yahoo.com.my

Sejarah Sekolah


         SMK Pulau Nyior ditubuhkan pada 2 April 1962 dengan nama Sekolah Pelajaran Lanjutan Jitra. Seramai 131 murid perintis menumpang di SK Jitra. Pengetua pertamanya ialah En Ng Kam Yew. Pada April 1963 warga sekolah berpindah ke SMK Pulau Nyior dengan hanya satu blok A sahaja sebagai pejabat pentadbiran, bilik guru dan dua buah bilik air dan tujuh buah bilik darjah. Pengetua pada masa itu ialah En Mustafa bin Hj Tahir. Kemudian sebuah kantin, bangsal basikal serta empat unit rumah guru kelas F dibina
          Pada 1 Januari 1965, sekolah ini bertukar corak menjadi sekolah aneka jurusan dan diberi nama Sekolah Menengah Pulau Nyior. Prasarana sekolah semakin bertambah dengan tiga blok baru dua tingkat yang mengandungi 15 buah bilik darjah, dua bengkel Seni Perusahaan, sebuah makmal Sains, sebuah bilik guru dan 10 buah stor.
      Sekolah ini dirasmikan oleh YAB Tun Hussein Onn, Menteri Pelajaran Malaysia pada 31 Mac 1971. PIBG pertama ditubuhkan dengan YDP pertama YB En Ismail bin Hanafi. Bangunan baru semakin bertambah dengan pertambahan pelajar. Sekolah telah mendapat 2 buah bangunan asrama (1984), sebuah bangunan tiga tingkat (1997) dan sebuah makmal sains tiga tingkat (2009)
      Sekolah kini mempunyai 125 orang guru,18 staf dan 1377 orang murid. Sekolah ini beroperasi dua sesi iaitu tingkatan 1 dan 2 sesi petang dan tingkatan 3, 4, 5 dan 6 di sesi pagi.Kini SMKPN menjadi sekolah Sukan Daerah Kubang Pasu dan Pusat Latihan Daerah Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) bagi sukan Olahraga, Sepak Takraw dan Memanah. Sekolah juga menjadi sekolah Pembangunan Bola Sepak Negara.

MAJLIS PERASMIAN SEKOLAH PADA TAHUN 1971






RETRO SMKPN

SMKPN CIRCA LATE 60'S AND 70'S






RENUNGAN 2

RENUNGAN 2
Hormatilah Guru Anda

RENUNGAN 3

RENUNGAN 3
Yakinlah dengan diri sendiri

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP