...::: WAHAI ANAK DIDIK SMKPN .... TINGKATAN 3 DAN 5 ... JANGAN LUPA BELAJAR DAN MENGULANGKAJI .... WALAUPUN SIBUK DENGAN 1M 1S ..... KERANA HARI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM HAMPIR TIBA.... . ... :::...

MAKLUMAN KEPADA WARGA SMKPN

Sebarang maklumat, berita & gambar boleh emel ke ustzram_46@yahoo.com.my untuk di'publishkan
Tel : 04-9291288, Fax : 04-9291457
blog : smk-pulaunyior.blogspot.com
email : smkpulaunyior@yahoo.com.my

Monday, August 8, 2011

Demam Peperiksaan..PECUTAN ... PECUTAN

Cikgu-cikgu sibuk memuatkan ilmu kepada muridnya..... dalam masa yang sama ... ramai murid tidak hadir ke sekolah .... nak belajar ..... mereka ambil kesempatan bulan Ramadan ... puasa ... tak datang ke sekolahy. Kecut perut dibuatnya. Berbagai usaha dilakukan oleh unit HEM untuk menghadirkan murid ke sekolah. Cikgu-cikgu sabar sahaja. Tugas membimbing tetap diteruskan. Untuk capai ETR sekolah.

Panduan menjawab soalan Pendidikan Islam SPM

Selamat menghadapi peperiksaan percubaan yang bermula pada 14 Ogos 2011.

Teknik menjawab Soalan PI Kertas 2 SPM 2011

Selamat membaca dan menghayati teknik menjawab berkesan mata pelajaran Pendidikan Islam kertas 2 SPM

Teknik Menjawab Soalan PI Kertas 1 SPM 2011

Teknik menjawab peperiksaan Pendidikan Islam Kertas 1 SPM.
Selamat berusaha untuk mencapai kejayaan.

Wednesday, June 22, 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN - 18 JUN

18 JUN Di bilik makmal Komputer berlangsung LDP untuk guru-guru SMKPN - konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Pengisiannya ialah Slot 1 - konsep SGM (Standard Guru Malaysia)
Slot 2 - Program Ulul Al-BAb
Slot 3 - Konsep Kepimpinan Instruksional
Slot 4 - PERASA


Guru-guru SMKPN sebulan sekali kena himpunkan sebab setiap hari tak panggung kepala dengan urusan macam-macam di sekolah... tak duduk saja .... sambil buat kerja sambil tu sembang... kadang-kadang satu minggu tak bertemu kawan. kalau bertemu pun masa selisih nak pergi ke kelas.
Gigih guru-guru SMKPN .... ikhlas buat kerja sedaya yang mampu..

dari admin

PROGRAM LENTUR AUR.- Pendidikan Islam 2011

Program Lentur Aur adalah satu program kajian tindakan untuk murik kumpulan GALUS / HALUS. Kumpulan ini mendapat markah bawah 10 daripada 100 bagi peperiksaan pertengahan tahun 2011. Mereka adalah murid dari kelas 5 Tabari, 5 Baitar dan 5 Batuta .

Tindakannya ialah mengadakan latih tubi dril setiap masa pengajaran dan pembelajaran iaitu dua kali seminggu.

Mengingatkan mereka secara kerap tentang teknik menjawab dan hadir ke dua-dua kertas peperiksaan,

Memfokus kepada tajuk-tajuk yang mereka boleh hayati dan mudah menjawab.

Melaksanakan P & P di luar kelas iaitu di Surau tiada gangguan luar.

Membimbing disiplin menjawab soalan dalam kertas jawapan.

Harapan: moga mereka lulus mata pelajaran Pendidikan Islam sekurang-kurangnya mendapat gred D atau 37 %.

Karnival 1 Murid 1 Sukan - 6 JULAI 2011

Karnival 1 Murid 1 Sukan - 6 Julai. Mesyuarat JK telah dilaksanakan untuk kelancaran program.

Guru-guru mula sibuk untuk membuat persediaan Karnival tersebut.

Guru-guru Mahligai sibuk melatih murid sukan permainan untuk pertandingan hari Karnival

Murid-murid pula setiap petang mula berlatih untuk dapat johan masa hari tersebut.



JAYA WARIS - 23 JUN 2011

Pelaksanaan jayawaris.

Bincang dengan waris tentang prestasi akademik murid dan disiplin serta tindakan susulan untuk mengatasi prestasi akademik murid.

TAHSIN AL-QURAN - untuk murid tingkatan 3

Program Majlis Tindakan Dakwah dan kerjasama Panitia Pendidikan Islam ini dilaksanakan pada 25 Jun 2011 dibawah kelolaan Ustazah Siti Aida bt. Saidin. Penyelaras Ustazah Ramlahvbt. Idris GCPI. Kumpulan sasarannya murid tingkatan 3 seramai 80 orang.
Melatih murid dengan ayat-ayat hafazan.
Tasmik ayat hafazan
Mengemaskini PBS tingkatan 3 mata pelajaran Pendidikan Islam


Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : “Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.” (Muslim)

Allah SWT berfirman : “Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekelian alam.” (Al-Waaqiah: 77-80).

Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian Al-Quran adalah amat perlu dititikberatkan karena melalui Al-Quranlah Allah memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Nya untuk mencapai keredhaan dan keselamatan. Dan kerana Al-Quran pula Allah mengeluarkan hamba-hamba-Nya daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Oleh itu Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Bukhari, Abu Daud, Tarmizi).

Kebaikan membaca al-Quran amat banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca Al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca Al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan berat dirasakannya (gagap) maka baginya dua pahala. Sesungguhnya orang yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya lebih besar darjatnya daripada orang yang tidak membaca Al-Quran.

Ibnu Abbas ra menceritakan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda : “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat Al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong.”



CAKNA SOLAT untuk murid tingkatan 1 dan 2

Panduan berwuduk sempurna



Panduan solat




Program ini dilaksanakan pada 25 Jun 2011.
di bawah pengelolaan Majlis Tindakan Dakwah S.ekolah dan Panitia Pendidikan Islam. Perancang program Ustazah Wan Nornajmiwati bt. Wan. Ab. Rahman. Penyelarasnya Hajah Ramlah bt. Idris , GC Pendidikan Islam. Kumpulan sasarannya ialah murid Islam tingkatan 1 dan 2 seramai 120 orang. Ia dibantu oleh Rakan muda Surau sebagai Fasilitator.

Atur caranya: Pendaftaran, Zikir munajat, tazkirah, (kudapan).
Slot bimbingan dan video tentang wuduk, Slot bimbingan dan video tentang solat,
LDK amali wuduk, LDK amali solat. (Makan tengah hari)
Solat Zohor berjamaah, bersurai.


RUKUN SOLAT/SEMBAHYANG

Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
1. Orang Islam.
2. Menghadap arah Kiblat
3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
4. Akil baligh
5. Berakal.
6. Melihat atau mendengar.
7. Jaga (tidak tidur)
8. Sudah masuk waktu sembahyang.

Syarat Sah Sembahyang
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:-
1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
2. Menghadap ke arah Kiblat.
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. Tertawa Terbahak-bahak.
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).

Sumber: http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/rukun.html

Thursday, June 16, 2011

Tip atau cara mudah menjawab Pendidikan Islam

Cara Mudah Menjawab Pi
Blog Widget by LinkWithin

MESYUARAT GURU PERTAMA 2011

Mesyuarat Guru Pertama ini mempunyai 287 slide, dibahagikan kepada dua paparan, harap maklum Sambungan mesyuarat guru pertama 2011

HARI ANUGERAH PERMATA HATIKU 2010

Proses Penapaian

MESYUARAT KURIKULUM PERTAMA 2010

Kejohanan Olahraga ke 40 2010

PROGRAM BUMI HIJAU

KENANGAN

Riadah fizikal 2010

Hari Keputusan PMR 09 diumumkan

Hadirmu di SMKPN

Aktiviti ko akademik Panitia Pendidikan Islam 2009

RENUNGAN 1

RENUNGAN 1

RENUNGAN 2

RENUNGAN 2

RENUNGAN 3

RENUNGAN 3

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP