...::: WAHAI ANAK DIDIK SMKPN .... TINGKATAN 3 DAN 5 ... JANGAN LUPA BELAJAR DAN MENGULANGKAJI .... WALAUPUN SIBUK DENGAN 1M 1S ..... KERANA HARI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM HAMPIR TIBA.... . ... :::...

MAKLUMAN KEPADA WARGA SMKPN

Sebarang maklumat, berita & gambar boleh emel ke ustzram_46@yahoo.com.my untuk di'publishkan
Tel : 04-9291288, Fax : 04-9291457
blog : smk-pulaunyior.blogspot.com
email : smkpulaunyior@yahoo.com.my

Wednesday, June 22, 2011

TAHSIN AL-QURAN - untuk murid tingkatan 3

Program Majlis Tindakan Dakwah dan kerjasama Panitia Pendidikan Islam ini dilaksanakan pada 25 Jun 2011 dibawah kelolaan Ustazah Siti Aida bt. Saidin. Penyelaras Ustazah Ramlahvbt. Idris GCPI. Kumpulan sasarannya murid tingkatan 3 seramai 80 orang.
Melatih murid dengan ayat-ayat hafazan.
Tasmik ayat hafazan
Mengemaskini PBS tingkatan 3 mata pelajaran Pendidikan Islam


Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : “Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.” (Muslim)

Allah SWT berfirman : “Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekelian alam.” (Al-Waaqiah: 77-80).

Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian Al-Quran adalah amat perlu dititikberatkan karena melalui Al-Quranlah Allah memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Nya untuk mencapai keredhaan dan keselamatan. Dan kerana Al-Quran pula Allah mengeluarkan hamba-hamba-Nya daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Oleh itu Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Bukhari, Abu Daud, Tarmizi).

Kebaikan membaca al-Quran amat banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca Al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca Al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan berat dirasakannya (gagap) maka baginya dua pahala. Sesungguhnya orang yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya lebih besar darjatnya daripada orang yang tidak membaca Al-Quran.

Ibnu Abbas ra menceritakan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda : “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat Al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong.”



Blog Widget by LinkWithin

MESYUARAT GURU PERTAMA 2011

Mesyuarat Guru Pertama ini mempunyai 287 slide, dibahagikan kepada dua paparan, harap maklum Sambungan mesyuarat guru pertama 2011

HARI ANUGERAH PERMATA HATIKU 2010

Proses Penapaian

MESYUARAT KURIKULUM PERTAMA 2010

Kejohanan Olahraga ke 40 2010

PROGRAM BUMI HIJAU

KENANGAN

Riadah fizikal 2010

Hari Keputusan PMR 09 diumumkan

Hadirmu di SMKPN

Aktiviti ko akademik Panitia Pendidikan Islam 2009

RENUNGAN 1

RENUNGAN 1

RENUNGAN 2

RENUNGAN 2

RENUNGAN 3

RENUNGAN 3

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP