...::: WAHAI ANAK DIDIK SMKPN .... TINGKATAN 3 DAN 5 ... JANGAN LUPA BELAJAR DAN MENGULANGKAJI .... WALAUPUN SIBUK DENGAN 1M 1S ..... KERANA HARI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM HAMPIR TIBA.... . ... :::...

MAKLUMAN KEPADA WARGA SMKPN

Sebarang maklumat, berita & gambar boleh emel ke ustzram_46@yahoo.com.my untuk di'publishkan
Tel : 04-9291288, Fax : 04-9291457
blog : smk-pulaunyior.blogspot.com
email : smkpulaunyior@yahoo.com.my

Wednesday, June 22, 2011

CAKNA SOLAT untuk murid tingkatan 1 dan 2

Panduan berwuduk sempurna



Panduan solat




Program ini dilaksanakan pada 25 Jun 2011.
di bawah pengelolaan Majlis Tindakan Dakwah S.ekolah dan Panitia Pendidikan Islam. Perancang program Ustazah Wan Nornajmiwati bt. Wan. Ab. Rahman. Penyelarasnya Hajah Ramlah bt. Idris , GC Pendidikan Islam. Kumpulan sasarannya ialah murid Islam tingkatan 1 dan 2 seramai 120 orang. Ia dibantu oleh Rakan muda Surau sebagai Fasilitator.

Atur caranya: Pendaftaran, Zikir munajat, tazkirah, (kudapan).
Slot bimbingan dan video tentang wuduk, Slot bimbingan dan video tentang solat,
LDK amali wuduk, LDK amali solat. (Makan tengah hari)
Solat Zohor berjamaah, bersurai.


RUKUN SOLAT/SEMBAHYANG

Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
1. Orang Islam.
2. Menghadap arah Kiblat
3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
4. Akil baligh
5. Berakal.
6. Melihat atau mendengar.
7. Jaga (tidak tidur)
8. Sudah masuk waktu sembahyang.

Syarat Sah Sembahyang
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:-
1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
2. Menghadap ke arah Kiblat.
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. Tertawa Terbahak-bahak.
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).

Sumber: http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/rukun.html
Blog Widget by LinkWithin

MESYUARAT GURU PERTAMA 2011

Mesyuarat Guru Pertama ini mempunyai 287 slide, dibahagikan kepada dua paparan, harap maklum Sambungan mesyuarat guru pertama 2011

HARI ANUGERAH PERMATA HATIKU 2010

Proses Penapaian

MESYUARAT KURIKULUM PERTAMA 2010

Kejohanan Olahraga ke 40 2010

PROGRAM BUMI HIJAU

KENANGAN

Riadah fizikal 2010

Hari Keputusan PMR 09 diumumkan

Hadirmu di SMKPN

Aktiviti ko akademik Panitia Pendidikan Islam 2009

RENUNGAN 1

RENUNGAN 1

RENUNGAN 2

RENUNGAN 2

RENUNGAN 3

RENUNGAN 3

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP