MAKLUMAN KEPADA WARGA SMKPN
Sebarang maklumat, berita & gambar boleh emel ke ustzram_46@yahoo.com.my untuk di'publishkan
Tel : 04-9291288, Fax : 04-9291457
blog : smk-pulaunyior.blogspot.com
email : smkpulaunyior@yahoo.com.my
blog : smk-pulaunyior.blogspot.com
email : smkpulaunyior@yahoo.com.my
Saturday, January 8, 2011
PERMATA ROHANI....
Salah satu aktiviti dalam program PERMATA ROHANI ialah aktiviti Ikhtiar Rohani.
Aktiviti ini dilaksanakan jam 12.30 tengah hari.
Ia bermula daripada semua murid Islam sesi petang (tingkatan 1 dan 2) berkumpul di Surau As-Saadah.
Murid sesi petang berkumpul di Surau As-Saadah dari jam 12.30 tengah hari.
Aktiviti bermula dengan latihan zikir, selawat. asmaul Husna.
Bila masuk waktu zohor, seorang muazzin yang dilantik daripada kalangan murid bangkit melaungkan azan.
Semua murid telah bersedia dengan wuduk untuk melaksanakan solat zohor yang di imamkan oleh guru atauRakan Muda.
Selesai solat mereka dilatih berwirid dan doa selepas solat.
Bila selesai mereka di dedahkan dengan majlis ilmu iaitu tazkirah 10 minit.
Aktiviti bersurai pada jam 1.30 tengah hari untuk memulakan proses pembelajaran dan pengajaran.
Aktiviti ini membentuk jati dari dan mengurangkan masalah disiplin waktu 12.30 hingga 1.30 tengah hari di samping dapat mengembang dan memupuk potensi murid dalam bidang kerohanian.




















